Sunday, January 29, 2012

Tiada lagi waris tertua...

Tanggal 27 Jan 2012 ( Jumaat ), jam 4.35 petang , aku dikhabarkan tentang pemergiaan waris tertua disebelah bapaku untuk selama-lamaya setelah terlantar dikamar ICU selama 19 hari.
Aku berkesempatan menatap wajahnya buat kali terakhir dikala hayatnya masih dikandung badan dua hari sebelumnya , Alhamdullilah taklah rasa terkilan sangat dihati ini .
Usia beliau disaat roh dipisahkan dari jasad adalah 97 tahun.
Kita semua akan dikembalikan kepadaNya pada suatu ketika nanti , PASTI . Namun cara dan kaedahnya sahaja yang kita tidak pasti bagaimana. Justeru itu , maka kita seharusnya sentiasa peka dan sedar tentang apa yang kita perlakukan dialam maya ini , semuga jalan untuk kita menuju kesana adalah jalan yang di redhaiNya . Amin.
Tujuan ku bentangkan maklumat ini adalah dalam rangka untuk ku memperingati diriku yang kerdil lagi hina Tiada apa yang ingin dibangga dan disohorkan sekiranya sehari-harian hidup ini dipenuhi dengan perkara-perkara yang tidak meningkatkan tahap keimanan dan keesaan kita terhadap Rabb yang kita sembah. Semuga apa yang berlaku dikeliling , kita jadikan contoh teladan dan peringatan untuk diambil pengajaran dan diberi kesedaran terhadapa diri ini.

Wednesday, January 25, 2012

Kursus Pendek : Microsoft Word : MailMerge

Tarikh : 29 - 30 jan 2012
Masa : 9.00 - 11.00 pagi
Tempat : Makmal Kelas Komputer I

Bil peserta : 15 orang ( Guru dan kakitangan MRSM PC )

Tajuk : Kaedah menyediakan Sijil / Soalan / Dokumen
menggunakan kaedah mailmerge ( word + Excel )

DIA mengujiku. . .

Pengisian harianku biasanya ku penuhi dengan membaca buku-buku yang berunsurkan tazkirah , mendengar siaran IKIM.fm dan seringkali berbicara tentang sesuatu yang membawa kearah kesedaran dalaman. Ku cuba mempraktikkan apa yang ku fahami menerusi pengalaman yang ku garap sepanjang hidup ini didalam menempuh arus kehidupan dan dugaan yang ku tempuhi , ternyata bahawa teori yang dipelajari tidak bersamaan dengan hakikat reality yang sebenar.
Apabila aku diuji dengan rahmatnya aku agak teralpa mensyukurinya dan apabila aku diuji dengan kesusahan , kegagalan dan kesakitan aku tergaman seketika untuk bermunajat pada Nya ... itulah hakikat sebenarnya .. bahawa lidah mudah untuk memperkatakan tapi sukar untuk melahirkan tindak tanduk yang spontan mengikut keimanan yang tertaman dihati..

Ya .. Rabbi . . Sebenarnya hambamu ini masih lagi jauh dari Mu ..
Walaupun aku setengah abad telah ku diami alam maya ini namun iman ku masih terlalu tohor dan amalanku masih terlalu sedikit untuk ku persembahankan pada Mu ...

Ya .. Ilahi .. Bantulah aku , pandanglah aku dengan pandangan kasih sayang Mu .. krena ku tahu bahawa rahmatMu mendahului kemurkaan Mu .. namun aku tidak mempunyai sebarang daya dan upaya tanpa bantuan dan pertolongan Mu..

Ya .. Allah .. kan ku belajar untuk meredhai apa yang berlaku keatas ku disamping menanam rasa keyakinan yang luhur dengan janji-janji Mu .... InsyaAllah.

Sesungguhya ternyata bahawa janjiNya pasti benar " Tidak dikatakan beriman seseorang itu selagi dia tidak diuji " .

Sunday, January 15, 2012

Fokus

Assalamualaikum ..

Hari ini aku ingin bersembang sedikit tentang tajuk yang ku paparkan iaitu " FOKUS " .
"FOKUS " satu perkataan yang terlintas dibenak fikiran ku sebaik sahaja aku duduk dikerusi menghadap desktop setelah selesai mesyuarat Unit .
Fokus bagi fahaman ku adalah " tumpuan yang jitu dan jelas terhadap sesuatu yang dilaksanakan atau dilakukan dengan mempunyai matlamat yang tertentu atau terarah "
Bagi ku setiap apa yang kita lakukan mestilah berfokus supaya kita sedar , jelas dan faham kenapa kita lakukan kerja atau perkara tersebut
Kadang-kadang ada kita terdengar bila sesorang itu lakukan sesuatu , katanya saja-saja . So kerja yang dilakukan kan sambil lewa sahaja dan hasilnya hanyalah ala kadar sahaja . Tidak ada commitment dengan tugas . . . betul tak ? !

Apa yang ku omongkan disini juga adalah dalam rangka untuk aku memperingati diri ku sendiri juga sesiapa sahaja yang membaca blog ku ini.

Tuesday, January 10, 2012

Warisan Bonda -

Assalammualaikum .. ( jawat nieh )

Hari ni .. sampai kebilek ku ( lab I ) , dengan lafaz " Bismillah ... " aku pun memulakan tugas ku .
aku siapkan mana-mana tugas semalam yang belum selesai dan target hari ini adalah bereskan modul untuk pengajaran BLOG ( Update sikit -sikit ) , harap-harap minggu depan bolehlah iklankan pada mana-mana guru atau staf yang berminat. ( tok pakso pon .. janji demo beto-beto nok belaja ..baru puah hati kawe ..)
Aku juga kena pastikan bahawa i'm really understand about the module .

Kelmarin .. .
Lunch kami adalah menu dari restoren Sumatera di Kota Bharu , so petangnya seperti yang aku katakan aku harus ready dengan simple menu ku sendiri. Jadi menu aku adalah . .
  1. Ikan Keli goreng ( pastinya juga dibeli dari Sumatera restoran ,, favourite my family )
  2. Ikan masin gelama ( cara goreng nya nanti aku criter .. dalam Warisan Bonda)
  3. Sambal lada special ( juga cara Warisan Bonda )
  4. Ayam percik Yatie ( aku beli ketika balik melawat tok ngah di ICU HBKB )
  5. Buah timun ( sebenarnya buah tembikai tapi ore kelate panggil buah timun )

Supper kami .. malam kelmarin bukan roti canai , bukan meehoon sup tapi akok bungo yang aku beli dari Yatie Ayam percik . Itu kisah kelmarin

Hari ini pun Cek ( Ibuku ) nak beli nasi dari Sumatera Restoren jugak .. Jadi apa pulak menu untuk petang nanti .. aku Kena fikirlah sendiri ... ( Lu tak perlu fikir la .. )



Warisan Bonda .
Ikan Gelama masin ( kering)
  1. Ambil 5 ekor ikan masin( kering ) gelama yang tak belah
  2. Rendam lebih kurang 20 minit ( utk kurangkan masin .. lagi lama lagi kurang masinnya )
  3. Pasti potong ekor , buang kotoran diperutnya .. cuci betul-betul )
  4. Toskan
  5. Kemudian taburkan lada sulah dan sedikit serbuk perasa
  6. Jangan goreng lagi .. perap lebihkurang 10 - 15 mt
  7. Kemudian goreng dengan api yang sederhana besarnya
  8. Sebelum garing , angkat dan tumbuk -tumbuk sikt ikan tersebut ( sebab biasanya ikan tersebut tidak garing pada bahagian yang tebal dan akan berbau hanyir )
  9. Sementara itu gorenglah bawang merah yang telah dimayang halus ke dalam kuali tadi ( akan digunakan untuk ditabur keatas ikan itu nanti )
  10. Setelah garing bawang tersebut , angkat dan letak kedalam pinggan .
  11. Ikan yang ditumbuk sedikit tadi digoreng semula menggunakan minyak goreng bawang tadi ( pasti pada ikan itu akan ada aroma bawang goreng .. betulkan.! ) sampai agak masak tapi jangan garing sangat . Ok.
  12. Angkat dan masukkan kedalam pinggan bawang goreng tadi

so siaplah .. ikan masin ( kering ) gelama
Nampak agak cerewet ... tapi enak . Itulah cara yang diajar oleh Cek ( ibuku )

Sambal Lada special
  1. Ambil 2 biji lada besar dan 4/5 biji cili padi . Pastikan dah dibasuh ( jumlah yang sesuai untuk keluargaku bagi 2 x makan shj)
  2. Semuanya potong halus-halus ( tujuannya adalah memudahkan untuk menumbuk yang menggunakan lesung batu dan mudah lumat
  3. Masukkan kedalam lesung.
  4. Masukkan 1 sudu kecil garam halus ( jange mumbu - separuh sudu jah )
  5. Masukkan 4/5 sudu kecil gula ( manis nya tapi sedap . . . tak caye cubala . . )
  6. kemudian barulah tumbuk campuran tersebut sampai cukup rasa lumatnya.
  7. Perah sehiris asam limau nipis kedalam sambal yang telah siap ditumbuk tadi .
  8. Bolehlah dihidang untuk dimakan
Ok ... Beres .. Ini lah cara yang diajar oleh Cek ( Ibuku ) pada ku ..
Kalau tak pernah cuba ,, perlu cuba sebab sedap .

Baiklah .. sampai sini , Wasalam . bye

Tip : ( Untuk Renungan bersama )
" Tanya diri kita setiap hari . . Apakah sumbangaku pada hari ini yang boleh memberi manafaat kepada makluk didunia ini . agar boleh ku jadikan sebagai pencen kuborku nanti "






Monday, January 09, 2012

Rutin kehidupan


Assalamualaikum . . . ( keno jawat tu .. )

Hari ini adalah minggu kedua persekolahan bagi tahun 2012. Kebiasaan hari selasa dalam jadual pekerjaan aku memakai baju koperat MARA. Agak kurang selesa tapi terpaksa akur kerana ini adalah salah satu peraturan MARA yang harus dipatuhi. ( buke tak suko tapi gak nok ghoyak jah..)
Kerja -kerja yang harus aku lakukan dalam setiap minggu , aku susun bermula pada hari Ahad lagi , Alhamdullilah , soalan ulangan dah beres , rancangan pengajaran ( silibus) untuk sem1 dan buku rekod pun dah beres cuma HIRMIS belum update lagi.
Aku belum memulakan kelas lagi sebab pelajar form4 tak daftar lagi InsyaAllah awal Febuari ini . So setakat ni aku akan pastikan masa aku dimanafaatkan untuk memperkemaskan bahan pengajaran ku , InsyaAllah.
( Update diri untuk jadi bersihkan pendapatan .. ingat dok gapo kata en jasme tu.. )
Dalam pada tu aku juga bercadangan untuk berkongsi ilmu dengan guru-guru lain dengan mendedahkan pada mereka tentang cara-cara untuk membina blog. ( mesti suko demo tu.. )

Ok .....stop dulu hal sekolah . ..
Hari ini aku tak tahu samada Cek ( ibuku ) masak atau tidak . Kalau tak masak , beli nasi kat Sumatera Restoren , jadi petang nanti aku akan harus siapkan makan malam .. so must be ready with a simple menu but make sure its ok for everybody especially for my mom ( cek )
Tahu tak . . . kami biasanya ada supper . Lebih kurang jam 10 mlm , my hubby akan pergi cari roti canai di kawasan pasar koboi , dekat selekoh ke SMSTF atau aku buat meehoon sup .( nok tahu caro aku buat meesup , ok tunggu la dalam tajuk warisan bonda )


Itulah rutin ku pada hari ini. Esok aku sambung lagi dengan rutin yang baru pulak .....

Wassalam bye .

Friday, December 30, 2011

sesi kedua

setelah aku belajar sedikt sebanyak tentang " how to ceate blog " , aku menjadi teruja untuk menjelajah dunia blogging ini dengan lebih lanjut lagi. Justeru itu aku stay back until 3.45 ptg .

Kami dalam satu kumpulan cuba jaya perkara-perkata yang menjadi sesuatu yang baru dan menyeronokkan. So besao aku rasa aku nak sambung lagi .. InsyaAllah.