Wednesday, January 25, 2012

DIA mengujiku. . .

Pengisian harianku biasanya ku penuhi dengan membaca buku-buku yang berunsurkan tazkirah , mendengar siaran IKIM.fm dan seringkali berbicara tentang sesuatu yang membawa kearah kesedaran dalaman. Ku cuba mempraktikkan apa yang ku fahami menerusi pengalaman yang ku garap sepanjang hidup ini didalam menempuh arus kehidupan dan dugaan yang ku tempuhi , ternyata bahawa teori yang dipelajari tidak bersamaan dengan hakikat reality yang sebenar.
Apabila aku diuji dengan rahmatnya aku agak teralpa mensyukurinya dan apabila aku diuji dengan kesusahan , kegagalan dan kesakitan aku tergaman seketika untuk bermunajat pada Nya ... itulah hakikat sebenarnya .. bahawa lidah mudah untuk memperkatakan tapi sukar untuk melahirkan tindak tanduk yang spontan mengikut keimanan yang tertaman dihati..

Ya .. Rabbi . . Sebenarnya hambamu ini masih lagi jauh dari Mu ..
Walaupun aku setengah abad telah ku diami alam maya ini namun iman ku masih terlalu tohor dan amalanku masih terlalu sedikit untuk ku persembahankan pada Mu ...

Ya .. Ilahi .. Bantulah aku , pandanglah aku dengan pandangan kasih sayang Mu .. krena ku tahu bahawa rahmatMu mendahului kemurkaan Mu .. namun aku tidak mempunyai sebarang daya dan upaya tanpa bantuan dan pertolongan Mu..

Ya .. Allah .. kan ku belajar untuk meredhai apa yang berlaku keatas ku disamping menanam rasa keyakinan yang luhur dengan janji-janji Mu .... InsyaAllah.

Sesungguhya ternyata bahawa janjiNya pasti benar " Tidak dikatakan beriman seseorang itu selagi dia tidak diuji " .

No comments:

Post a Comment