Monday, January 09, 2012

Rutin kehidupan


Assalamualaikum . . . ( keno jawat tu .. )

Hari ini adalah minggu kedua persekolahan bagi tahun 2012. Kebiasaan hari selasa dalam jadual pekerjaan aku memakai baju koperat MARA. Agak kurang selesa tapi terpaksa akur kerana ini adalah salah satu peraturan MARA yang harus dipatuhi. ( buke tak suko tapi gak nok ghoyak jah..)
Kerja -kerja yang harus aku lakukan dalam setiap minggu , aku susun bermula pada hari Ahad lagi , Alhamdullilah , soalan ulangan dah beres , rancangan pengajaran ( silibus) untuk sem1 dan buku rekod pun dah beres cuma HIRMIS belum update lagi.
Aku belum memulakan kelas lagi sebab pelajar form4 tak daftar lagi InsyaAllah awal Febuari ini . So setakat ni aku akan pastikan masa aku dimanafaatkan untuk memperkemaskan bahan pengajaran ku , InsyaAllah.
( Update diri untuk jadi bersihkan pendapatan .. ingat dok gapo kata en jasme tu.. )
Dalam pada tu aku juga bercadangan untuk berkongsi ilmu dengan guru-guru lain dengan mendedahkan pada mereka tentang cara-cara untuk membina blog. ( mesti suko demo tu.. )

Ok .....stop dulu hal sekolah . ..
Hari ini aku tak tahu samada Cek ( ibuku ) masak atau tidak . Kalau tak masak , beli nasi kat Sumatera Restoren , jadi petang nanti aku akan harus siapkan makan malam .. so must be ready with a simple menu but make sure its ok for everybody especially for my mom ( cek )
Tahu tak . . . kami biasanya ada supper . Lebih kurang jam 10 mlm , my hubby akan pergi cari roti canai di kawasan pasar koboi , dekat selekoh ke SMSTF atau aku buat meehoon sup .( nok tahu caro aku buat meesup , ok tunggu la dalam tajuk warisan bonda )


Itulah rutin ku pada hari ini. Esok aku sambung lagi dengan rutin yang baru pulak .....

Wassalam bye .

No comments:

Post a Comment