Tuesday, January 10, 2012

Warisan Bonda -

Assalammualaikum .. ( jawat nieh )

Hari ni .. sampai kebilek ku ( lab I ) , dengan lafaz " Bismillah ... " aku pun memulakan tugas ku .
aku siapkan mana-mana tugas semalam yang belum selesai dan target hari ini adalah bereskan modul untuk pengajaran BLOG ( Update sikit -sikit ) , harap-harap minggu depan bolehlah iklankan pada mana-mana guru atau staf yang berminat. ( tok pakso pon .. janji demo beto-beto nok belaja ..baru puah hati kawe ..)
Aku juga kena pastikan bahawa i'm really understand about the module .

Kelmarin .. .
Lunch kami adalah menu dari restoren Sumatera di Kota Bharu , so petangnya seperti yang aku katakan aku harus ready dengan simple menu ku sendiri. Jadi menu aku adalah . .
  1. Ikan Keli goreng ( pastinya juga dibeli dari Sumatera restoran ,, favourite my family )
  2. Ikan masin gelama ( cara goreng nya nanti aku criter .. dalam Warisan Bonda)
  3. Sambal lada special ( juga cara Warisan Bonda )
  4. Ayam percik Yatie ( aku beli ketika balik melawat tok ngah di ICU HBKB )
  5. Buah timun ( sebenarnya buah tembikai tapi ore kelate panggil buah timun )

Supper kami .. malam kelmarin bukan roti canai , bukan meehoon sup tapi akok bungo yang aku beli dari Yatie Ayam percik . Itu kisah kelmarin

Hari ini pun Cek ( Ibuku ) nak beli nasi dari Sumatera Restoren jugak .. Jadi apa pulak menu untuk petang nanti .. aku Kena fikirlah sendiri ... ( Lu tak perlu fikir la .. )



Warisan Bonda .
Ikan Gelama masin ( kering)
  1. Ambil 5 ekor ikan masin( kering ) gelama yang tak belah
  2. Rendam lebih kurang 20 minit ( utk kurangkan masin .. lagi lama lagi kurang masinnya )
  3. Pasti potong ekor , buang kotoran diperutnya .. cuci betul-betul )
  4. Toskan
  5. Kemudian taburkan lada sulah dan sedikit serbuk perasa
  6. Jangan goreng lagi .. perap lebihkurang 10 - 15 mt
  7. Kemudian goreng dengan api yang sederhana besarnya
  8. Sebelum garing , angkat dan tumbuk -tumbuk sikt ikan tersebut ( sebab biasanya ikan tersebut tidak garing pada bahagian yang tebal dan akan berbau hanyir )
  9. Sementara itu gorenglah bawang merah yang telah dimayang halus ke dalam kuali tadi ( akan digunakan untuk ditabur keatas ikan itu nanti )
  10. Setelah garing bawang tersebut , angkat dan letak kedalam pinggan .
  11. Ikan yang ditumbuk sedikit tadi digoreng semula menggunakan minyak goreng bawang tadi ( pasti pada ikan itu akan ada aroma bawang goreng .. betulkan.! ) sampai agak masak tapi jangan garing sangat . Ok.
  12. Angkat dan masukkan kedalam pinggan bawang goreng tadi

so siaplah .. ikan masin ( kering ) gelama
Nampak agak cerewet ... tapi enak . Itulah cara yang diajar oleh Cek ( ibuku )

Sambal Lada special
  1. Ambil 2 biji lada besar dan 4/5 biji cili padi . Pastikan dah dibasuh ( jumlah yang sesuai untuk keluargaku bagi 2 x makan shj)
  2. Semuanya potong halus-halus ( tujuannya adalah memudahkan untuk menumbuk yang menggunakan lesung batu dan mudah lumat
  3. Masukkan kedalam lesung.
  4. Masukkan 1 sudu kecil garam halus ( jange mumbu - separuh sudu jah )
  5. Masukkan 4/5 sudu kecil gula ( manis nya tapi sedap . . . tak caye cubala . . )
  6. kemudian barulah tumbuk campuran tersebut sampai cukup rasa lumatnya.
  7. Perah sehiris asam limau nipis kedalam sambal yang telah siap ditumbuk tadi .
  8. Bolehlah dihidang untuk dimakan
Ok ... Beres .. Ini lah cara yang diajar oleh Cek ( Ibuku ) pada ku ..
Kalau tak pernah cuba ,, perlu cuba sebab sedap .

Baiklah .. sampai sini , Wasalam . bye

Tip : ( Untuk Renungan bersama )
" Tanya diri kita setiap hari . . Apakah sumbangaku pada hari ini yang boleh memberi manafaat kepada makluk didunia ini . agar boleh ku jadikan sebagai pencen kuborku nanti "






No comments:

Post a Comment